26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

Mesti Baca

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula tampil menunjukkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pang Sock Tao bertindak mendedahkan sijil UPSR dan SPM miliknya itu setelah dicabar oleh Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebelum ini mencabar Sock Tao mengemukakan sijil sekolah rendah dan menengahnya bagi mengetahui kelayakan akademik wanita berusia 31 tahun itu.

“Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya tentang UPSR dan SPM saya… Inilah jawapannya.

“Saya terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam mendidik saya.”

Slip peperiksaan SPM milik calon PH dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

“Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak mereka. Terima kasih Daddy Mommy!,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Advertisements

Berdasarkan sijil UPSR tersebut, Sock Tao yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong, Ampang mendapat A dalam semua tujuh mata pelajaran m yang diambil pada 2005.

Manakala dalam peperiksaan SPM, bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Meng itu mendapat A dalam kesemua 10 mara pelajaran yang diambil di Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semalam, Khairul Azhari terpaksa mendedahkan sijil akademik yang diperoleh selepas beliau dikatakan menggunakan ijazah palsu.

Ini berikutan, berdasarkan poster calon, Khairul Azhari dikatakan berkelulusan Diploma Eksekutif daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA).

Untuk rekod, Sock Tao memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian) daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan