26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Wanita, kanak-kanak perempuan dipaksa melacur diselamatkan

Mesti Baca

SERBUAN ke atas sebuah lot kedai berjaya menyelamatkan seorang wanita dan kanak-kanak perempuan yang disyaki dipaksa melacur dalam operasi di Banting, Selangor petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata operasi yang dijalankan pada 3 petang itu mendapati premis tersebut telah diubah suai dan dijadikan kepada empat bilik menggunakan langsir.

Beliau berkata premis berkenaan telah menjalankan aktiviti persundalan itu kira-kira dua bulan dengan menyasarkan warga asing sebagai pelanggan. 

”Semasa serbuan dijalankan kita berjaya menahan seorang wanita tempatan yang berperanan sebagai ibu ayam dan dua wanita Indonesia yang bekerja sebagai pelacur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Serbuan itu juga berjaya menyelamatkan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, disyaki dipaksa melacur,” katanya. 

Advertisements

Ahmad Ridhwan berkata pihak polis turut menemukan seorang bayi perempuan 11 bulan yang merupakan anak kepada wanita berusia 25 tahun itu dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun. 

“Status kanak-kanak lelaki dan perempuan (11 tahun) itu masih dalam siasatan,” katanya. 

Beliau berkata kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Telok Datok, Banting untuk direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.  – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan