Saturday, June 13, 2026

Saya bawa suara rakyat, bukan parti lawan – Akmal

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh membidas pihak-pihak tertentu yang menuduhnya sebagai penyokong parti lawan apabila menyuarakan pandangan berbeza tentang sesuatu isu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, sebagai seorang pemimpin beliau perlu membawa suara rakyat di bawah dan bukannya membodek pemimpon atasan.

Beliau berkata, sebenarnya itulah perubahan yang rakyat mahu lihat dalam UMNO untuk mereka kembali percaya kepada parti tersebut.

“Bila pandangan berbeza sahaja dah mula cop geng parti lawan sedangkan pemimpin ini perlu bawa suara rakyat di bawah bukan hanya membodek pemimpin atasan.

“Bila pandangan berbeza sahaja dah cop ini memecahkan sedangkan itulah perubahan yang perlu dilakukan untuk keluar daripada norma budaya yang rakyat nak lihat dalam organisasi untuk kembali percaya pada organisasi,

“Jilat sahaja sesiapa yang penting perut sendiri kenyang,” katanya sambila meletakkan tanda sempang “teori lobak” yang dipercayai ditujukan kepada seorang pemimpin UMNO.

Akmal sebelum ini memberikan pandangan berbeza berhubung isu-isu membelenggu rakyat antaranya beras Madani dan kejatuhan nilai ringgit.

Beliau membidas usaha kerajaan memperkenalkan beras Madani yang akan dijual lebih mahal berbanding beras putih tempatan.

Mengenai kejatuhan ringgit pula, beliau membuat hantaran “Najib turun ringgit naik, rindu betul slogan ni” yang dipercayai ditujukan kepada menteri Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan