28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Haruman Ameer Safone tampil keberanian, daya tahan

Mesti Baca

AMEER Safone jenama minyak wangi terkenal dengan bangganya memperkenalkan tiga koleksi minyak wangi eksklusif, dicipta khas untuk penggemar minyak wangi.

Bertemakan Celebrating Resilience, the New Beginning, majlis pelancaran telah berlangsung meriah di WORQ KL Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ameer Safone adalah jenama di bawah Ameer Safone Ventures, sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia, komited untuk meneroka pasaran minyak wangi tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Ameer Safone Ventures, Amirul Safuan Mohd Ishak berkata, beliau amat berbesar hati untuk memperkenalkan Ameer Safone.

“Saya percaya bahawa jenama kami berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan integral Malaysia dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya juga percaya ia mampu bersaing melalui sokongan daripada pihak kerajaan, memberi keyakinan dan membuka lebih banyak peluang ekonomi khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh mantan pengerusi kumpulan CIMB Tan Sri Nazir Razak.

Turut hadir Datuk Dr Ras Adiba Radzi, Pengasas dan Presiden Persatuan OKU Sentral yang juga bekas Senator Dewan Negara mewakili komuniti OKU, dan Ketua Pegawai Eksekutif WORQ Stephanie Ping.

Berkongsi mengenai cetusan perniagaan, Amirul yang memulakan langkahnya dalam bidang keusahawanan sejak setahun yang lalu, mengakui bahawa dunia minyak wangi ini tidak asing bagi dirinya.

Amirul Safuan Mohd Ishak

Beliau mempunyai minat yang mendalam dan juga seorang pengumpul koleksi minyak wangi jenama terkemuka dari seluruh dunia sejak sekian lama.

‘‘Minyak wangi mempunyai tempat yang istimewa di hati saya kerana ia mengingatkan saya kepada Allahyarhamah ibu tercinta.

Advertisements

“Ia benar-benar berfungsi sebagai sebuah mesin masa yang membawa kita kembali kepada memori, kenangan terindah atau detik-detik nostalgia,’’ kata Amirul pada majlis pelancaran Ameer Safone.

Amirul berkata, meskipun mempunyai persaingan sengit di dalam industri ini, khususnya bagi produk tempatan, beliau melihatnya sebagai sebuah peluang dan bukan sebagai halangan untuk meneroka potensi dalam bidang keusahawanan.

‘‘Pada mulanya, ramai yang ragu-ragu. Namun, dengan latar belakang saya dalam bidang perbankan dan pengurusan kewangan, saya memanfaatkan kepakaran dan pengalaman saya untuk menceburi bidang baharu.

“Saya kekal yakin dan sering mendapat sokongan yang cukup luar biasa daripada pelbagai agensi termasuk rakan usahawan. Ini mendorong saya untuk terus mengejar cita-cita,’’ katanya.

Amirul menekankan bahawa sokongan pengguna melalui kempen keutamaan dan pembelian barangan tempatan hari ini dilihat sebagai satu bonus kepada usahawan tempatan sepertinya, untuk memacu kehadapan.

Sementara itu, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WORQ, Stephanie Ping berkata, pertama kali bertemu dengan Amirul di salah satu cara rangkaian perniagaan mereka, WORQ Quarterly NetWORQ, beliau sangat kagum dengan keupayaan Amirul untuk berhubung dan mencari rakan usaha sama.

“Dia berjaya memanfaatkan kekuatan komuniti kami dan menggunakan ruang kerja bersama untuk melancarkan perniagaannya.

“Dari mula mencari ruang kerja kepada penyertaannya dalam acara kami, yang membawanya hubungan baharu, kisah Amirul adalah bukti semangat keusahawanan Malaysia dan kuasa masyarakat dalam membantu individu mencapai kejayaan mereka.

“Kami amat berbangga dengan kesungguhan Amirul. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya kerana menjayakan perkara ini, termasuk Tan Sri Nazir Razak.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli komuniti dan penyokong kami dan berharap dapat menunjukkan kepada semua orang di Malaysia bahawa keusahawanan boleh diakses oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira keadaan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan