33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Speed Car kekal peneraju mesin penghawa dingin kereta

Mesti Baca

KEKAL menjadi peneraju utama pengeluar mesin dan alat ganti penghawa dingin kereta di Malaysia, Speed Car Auto Parts Sdn Bhd terus berbangga apabila berjaya membawa teknologi Jepun dengan buatan Malaysia.

Pengasasnya, Yap Kwee Heng berkata, pertambahan kenderaan di Malaysia memerlukan dia lebih cekap dalam mengatasi masalah penghawa dingin kereta.

Justeru, menjadi pengeluar utama mesin berkenaan di Malaysia memerlukannya mencari alternatif bagi mengatasi masalah pelanggan.

“Sebelum ini saya membawa masuk mesin dari luar negara dan berlaku masalah servis selepas jualan yang teruk berikutan ketiadaan alat ganti dan pengetahuan yang kurang dikalangan pengusaha bengkel.

“Disebabkan masalah itu saya mengambil inisiatif untuk membawa teknologi luar dan saya aplikasikan mengikut kesesuaian kereta dan cuaca di Malaysia.

“Saya berjaya mendapatkan teknologi dari Jepun dengan kerjasama daripada rakan niaga di China.

Advertisements

“Dengan kerjasama ini semua pemasangan kami lakukan di Malaysia tanpa sebarang masalah,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran bangunan milik SP Zone Speed Car Auto Parts di Seksyen 35, Shah Alam, Selangor.

Yap berkata, kini SP Zone adalah yang pertama di negara ini mengeluarkan teknologi mesin penghawa dingin automotif dengan jenama sendiri.

“Kami bangga kerana mempunyai mesin berteknologi tinggi buatan Malaysia,” katanya lagi.

Speed Car Auto Parts Sdn Bhd berjaya mencapai kedudukan sebagai peneraju pasaran industri dalam tempoh yang singkat disebabkan profesionalisme dan dedikasinya kepada pelanggan.

Pada masa ini juga, Speed Car Auto Parts berjaya menembusi pasaran 8 negara antaranya Malaysia, Singapura, China, Taiwan, Filipina, Thailand, Brunei dan Indonesia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan