30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

SCAI bakal lahirkan 20,000 pakar AI jelang 2030

Mesti Baca

SELANGOR Centre for Artificial Intelligent (SCAI) atau pun Pusat Kecerdasan Buatan Selangor yang digagaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka bakal melahirkan 20,000 pakar AI menjelang 2030.

Pusat yang menyediakan latihan pembangunan kepakaran itu akan mula beroperasi pada akhir tahun ini dijangka diterajui oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) di Shah Alam dengan peruntukan RM1 juta.

Ketua Pegawai Operasi STDC, Dr Ir Muhidin Arifin berkata,  mengikut standard negara maju, setiap 100 penduduk memerlukan seorang pakar AI maka sasaran Selangor selepas ini ialah untuk melahirkan 70,000 pakar AI.

“Buat masa sekarang sasaran 20,000 pakar adalah cukup baik sebenarnya memandangkan negara kita masih lagi belum dapat meneroka teknologi ini dengan lebih mendalam.

“Apa yang dapat saya katakan, pakar AI yang dilahirkan nanti akan dapat memudahkan kehidupan rakyat daripada beberapa sudut yang penting,” katanya.

Muhidin berkata, contohnya pakar AI yang ada akan mampu mencipta aplikasi untuk memberi ‘alert’ kepada orang ramai mengenai penipuan jualan di platform e-dagang.

“Baru-baru ini kita baca laporan berita mengenai penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza yang menjadi mangsa apabila wajah dan suara AI miliknya digunakan scammer untuk menjual cadar, seluar dalam dan selipar.

“Saya difahamkan ramai yang tertipu dan percaya ia adalah Siti Nurhaliza ‘tulen’ sehingga jualan produk itu laris sedangkan ia menggunakan teknik AI,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Muhidin berkata, dengan adanya pakar AI yang dilahirkan SCAI, kes penipuan itu dapat dicegah apabila teknologi AI digunakan ke arah kebaikan dengan memaklumkan kepada Siti Nurhaliza dan peminatnya lebih awal mengenai modus operandi scammer itu melalui aplikasi yang dicipta.

Katanya, itu adalah salah satu contoh kepentingan untuk mempunyai pakar AI dalam mengimbangi manipulasi teknologi itu yang kebanyakannya diambil kesempatan oleh scammer.

Beliau berkata, SCAI juga akan dapat membantu usaha kerajaan ketika ini yang dilihat agresif untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang transformasi digital seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

“Saya yakin SCAI juga akan dapat menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan 1 juta rakyat celik AI memandangkan pusat ini akan dapat menyediakan informasi diperlukan berkaitan AI,” katanya.

Menurutnya, banyak lagi faedah AI yang dapat disumbangkan oleh pakar-pakar AI seperti contohnya mencipta aplikasi yang dapat melicinkan proses memarkir kenderaan di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

“Jika ikut proses sekarang apabila nak parkir kenderaan kita kena pusing-pusing tinjau petak parkir mana yang kosong, tapi dengan adanya teknologi baru ini pemandu akan dimaklumkan melalui telefon bimbit dan dipandu arah ke petak parkir yang ada.

“Inilah betapa pentingnya pusat seperti SCAI diwujudkan untuk melahirkan pakar AI seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat Selangor menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih efisien,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan