32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

SKL, MTDC bina lebuh raya bertingkat Sungai Klang

Mesti Baca

SUNGAI Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat yang dicadangkannya kepada kerajaan.

SKL berkata, ia dalam proses mendapatkan kelulusan akhir membabitkan cadangan bagi membina, memiliki serta mengendalikan projek itu sebagai satu konsesi.

“Cadangan lebuh raya sepanjang 53 kilometer itu meliputi kawasan di sepanjang Sungai Klang di Lembah Klang yang bakal disepadukan dengan rangkaian lebuh raya sedia ada.

“Ia akan turut menggabungkan tujuh persimpangan yang dicadangkan bermula di Klang dengan persimpangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Pantai Baru 2 (NPE 2).

“Infrastruktur yang direka secara strategik ini akan meningkatkan ketersambungan dan akses di wilayah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Syarikat itu menyifatkan kerjasama dengan MTDC akan mengukuhkan lagi usaha memacu pembangunan serta pembinaan infrastruktur lebuh raya bertingkat inovatif yang disasarkan olehnya.

Pada masa sama, ia juga memberi takrifan semula infrastruktur pengangkutan dan meletakkan asas untuk masa depan yang progresif serta saling berkaitan.

MTDC, anak syarikat Kumpulan MTD akan menyumbang dari segi pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya kepada pembangunan projek lebuh raya yang dicadangkan itu.

Sokongan MTDC akan merangkumi fasa perancangan, pembinaan dan menyiapkan lebuh raya berkenaan, manakala Kumpulan MTD menyumbang kepakaran komprehensifnya yang meliputi aspek perkhidmatan, tenaga kerja, bahan dan peralatan.

Tumpuan khusus akan diberikan kepada aspek pengurusan operasi lebuh raya dan penyelenggaraan projek berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan