27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ejen insurans rugi RM333,600 jadi mangsa ‘scam’ pelaburan

Mesti Baca

SEORANG ejen insurans kerugian RM333,600 selepas dipercayai diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 46 tahun yang tinggal di Taman Pari, Ipoh, Perak, pada Selasa lalu.

“Siasatan mendapati pada 15 Oktober lalu, semasa berada di sebuah medan selera di Taman Canning, di sini pengadu (mangsa) berkenalan dengan seorang wanita bernama Eva yang berperanan sebagai pentadbir satu kumpulan WhatsApp, melalui pautan di Facebook.

“Melalui medium media sosial itu, suspek (wanita) telah memperdaya pengadu untuk membuat pelaburan menggunakan aplikasi ‘Bain Online’ yang tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata, dalam tempoh antara 19 Oktober dan 12 Disember lalu mangsa melakukan 12 transaksi ke dalam lima akaun berbeza membabitkan nilai keseluruhan RM333,600.

Advertisements

Katanya, mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek memintanya membuat bayaran komisen sebanyak RM57,400 terlebih dahulu sebelum wang keuntungan daripada pelaburan itu diserahkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis ingin memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan menerusi media sosial,” katanya.

Mohd Yusri berkata orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud.

“Sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan, mereka boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp sahaja) yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan