34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pilihan raya PBT: DAP jangan cuba apikan kemarahan UMNO

Mesti Baca

DAP diberi amaran agar tidak sesekali cuba mengapikan kemarahan UMNO dengan mengulangi berkali-kali isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT).

Amaran itu disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau menegaskan, UMNO sangat tidak selesa apabila isu tersebut terus diputarkan oleh DAP memandangkan UMNO sudah jelas menolak berkenaan isu tersebut.

“Apa pun rasionalnya, nasihat saya jangan selalu sangat menjolok sarang tebuan, mungkin satu atau dua kali sempat lari terjun sungai, kali ketiga belum tentu.

“Sudah-sudahlah DAP, hakikatnya UMNO dah tolak dan sangat tidak selesa apabila isu ini terus dijentik dan diutarakan berulang kali,” katanya.

Shaiful Hazizy mempersoal DAP bahawa adakah mereka selesa jika UMNO mula memanggil parti itu sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan komunis.

DAP sewajarnya meninggalkan politik perkauman dan agama dan hanya terus fokus untuk ke depan atas dasar perjanjian dan persefahaman sudah dicapai, ujarnya.

Advertisements

“Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin DAP, selesa tak kalau UMNO berulang kali ulangi bahawa DAP ni anti-islam, anti-melayu dan komunis?

“Perjanjian dah ditandatangani, persefahaman sudah dicapai, move forward dan janganlah kembali pandang kebelakang mengunjungi episod kemelut politik perkauman dan agama,” tegas beliau.

Ketua UMNO Bahagian Merbok itu juga meminta pemimpin atasan DAP untuk mengawal tindakan mereka dan jangan membawa perkara yang tidak membawa kebaikan kepada negara serta tidak bersikap terlalu ekstrem.

Dalam pada itu, beliau juga menambah bahawa tindakan DAP ini boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Saya mohon pimpinan besar DAP sedikit menahan nafsu utk Malaysia yg lebih baik. Cukup-cukuplah test market, tak bawa kebaikan kepada negara,” bidas beliau.

Malahan, katanya, sudah tentu perkara tersebut akan bawa ketidakstabilan kepada kerjasama baru Kerajaan Perpaduan.

“Korbankan lah agenda picisan ini untuk Malaysia yang lebih baik dan progresif,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan