31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Seleweng dana tentera, bekas menteri Kuwait dipenjara

Mesti Baca

MAHKAMAH tertinggi Kuwait semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap bekas Menteri Pertahanan, Sheikh Khalid al-Jarrah al-Sabah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, atas kesalahan menyeleweng dana ketenteraan.

Mahkamah juga turut memerintahkan bekas Perdana Menteri, Sheikh Jaber al-Mubarak al-Sabah yang berdepan pertuduhan sama, untuk memulangkan semula dana yang diseleweng.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun menafikan pertuduhan berkenaan.

Advertisements

Pada 2019, Sheikh Jaber meletak jawatan sebagai Perdana Menteri yang disandangnya sejak 2011, selepas Ahli Parlimen mengemukakan undi tidak percaya terhadap Sheikh Khalid yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Menteri Pertahanan ketika itu, Sheikh Nasser Sabah al-Ahmed, kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa pengunduran jemaah Kabinet pada masa itu bertujuan mengelak daripada terbabit kes penyelewengan 240 juta dinar dana ketenteraan sebelum beliau memegang jawatan berkenaan.

Pada Mac 2022, Sheikh Jaber dan Sheikh Khalid dibebaskan daripada pertuduhan berkait penyelewengan, namun kes itu dibuka semula susulan rayuan pihak pendakwaan Kuwait. -Agensi

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan