32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pas gesa batalkan acara ratu cantik di Kuala Lumpur

Mesti Baca

DEWAN Ulamak Pas Pusat (DUPP) menggesa kerajaan membatalkan penganjuran pertandingan ratu cantik ‘Miss World Noble Queen International 2023’ yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 Disember ini.

Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahya berkata, penganjuran program berkenaan yang turut membabitkan Tourism Malaysia tidak patut dibenarkan untuk dilaksanakan di negara ini.

Menurutnya, ia bukan sahaja memberikan imej buruk kepada Malaysia, malah dianggap sangat tidak bertepatan dengan situasi semasa dan kesengsaraan yang menimpa saudara seagama di Palestin.

“Oleh yang demikian, kami sekali lagi mendesak kerajaan supaya segera membatalkan program ratu cantik ini selain mengeluarkan satu pekeliling.

Advertisements

“Ia bagi memastikan tiada lagi program sebegini boleh dibenarkan untuk diadakan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan yang di muat naik di Facebook.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pihaknya turut sependapat dengan beberapa mufti yang memberikan pandangan mengenai sebarang program hiburan melalaikan tidak patut dibenarkan, termasuklah penganjuran konsert kumpulan terkenal dunia, Coldplay.

“Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai teguran daripada Allah SWT?,” persoalnya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan