30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Malaysia Hobby Expo 2023 pamer lebih 50 hobi

Mesti Baca

MALAYSIA Hobby Expo 2023 kembali lagi untuk tahun kelima dengan menampilkan lebih daripada 50 jenis hobi dalam satu acara yang akan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Disember ini.

Bertempat di MAEPS Serdang antara hobi yang bakal dipamerkan ialah kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi.

Dianjurkan oleh Specta Group Venture, Pengasas Malaysia Hobby Expo, Muhammed Fidzri Syafeeq berkata, atas sambutan yang begitu menggalakkan acara ini diteruskan lagi buat tahun yang kelima.

Katanya, expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow.

Ia pertama kali dijayakan di Malaysia pada tahun 2016 sehingga 2019, disebabkan pandemik Covid-19, acara itu terpaksa dihentikan seketika.

“Atas sambutan yang begitu menggalakkan pada penganjuran tahun sebelumnya, kami menyasarkan tahun ini adalah seramai 25,000 orang untuk satu hari, tambahan 35 peratus daripada sasaran pada 2019.

“Antara yang menarik adalah acara ini merangkumi pelbagai hobi dan setiap hobi ada di zon-zon yang dikhaskan.

Advertisements

Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “Hobby Bazaar”, “Hobby Group”, “Vintage Bazaar, zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini,” katanya.

Yuran kemasukkan acara adalah serendah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara berlangsung.

Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk menerima cabutan bertuah yang bernilai RM50,000.

Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.

Acara itu juga turut membabitkan Konsert “Passion of Sound” yang akan berlangsung pada malam Sabtu, 2 Disember.

Konsert itu turut menampilkan lima artis popular tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixse dan Hujan.

Konsert mega itu akan berlangsung bermula jam 7 petang sehingga 12 malam. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan