30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kerajaan ambil tindakan segera tambah baik pelaksanaan DE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengambil tindakan segera bagimenambah baik proses-proses dalam pelaksanaan Penambahbaikan Proses Belanja Pembangunan (DE).

Usaha ke arah itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya akan membentuk pasukan rentas kementerian untuk menyemak dan menyediakan kerangka penambahbaikan untuk diluluskan secara bersepadu oleh kerajaan.

“Berkaitan usaha menoktahkan miskin tegar serta tantangan yang dihadapi, beberapa usaha dan program telah dilaksanakan.

“Antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman, pemberian modal perniagaan, latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2023.

Mesyuarat berkenaan diadakan bagi mendengar perkembangan terkini mata wang ringgit serta membincangkan dua kertas cadangan iaitu Penambahbaikan Proses Belanja Pembangunan (DE) dan Menoktahkan Kemiskinan.

Kata beliau, menerusi mesyuarat tersebut, kerajaan telah meneliti dan mendapati bahawa perbelanjaan pembangunan sebenar semakin mengecil secara relatif setiap tahun.

“Walaupun belanjawan menunjukkan peningkatan besar hatta hal ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan