30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Uniten kecualikan yuran pengajian kepada pelajar baharu Palestin

Mesti Baca

UNIVERSITI Tenaga Nasional (Uniten) memberi pengecualian yuran pengajian kepada para pelajar baharu sesi pendaftaran akademik 2023/2024 yang berasal dari Palestin.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, tawaran tersebut meliputi kesemua program pengajian di keseluruhan kampus Uniten.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat atas dasar dan semangat kebersamaan bagi meringankan beban rakyat Palestin yang kini sedang berdepan keganasan tentera Zionis Israel.

“Penawaran pengecualian yuran pengajian kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Palestin kemasukan baharu bagi tahun pengajian 2023/2024 ini adalah tanda keprihatinan dan solidariti Uniten dalam isu kemanusiaan yang rumit ini,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Noor Azuan berkata, beliau percaya langkah tersebut dapat membantu para pelajar Palestin menggapai cita-cita mereka menerusi bidang pendidikan tinggi di Malaysia.

Advertisements

Katanya, ia juga antara kaedah terbaik dan rasional ke arah penemuan penyelesaian yang bermanfaat untuk negara mereka satu masa nanti.

“Saya secara peribadi yakin yang kejayaan dalam bidang pendidikanlah yang akan membangun dan memerdekakan bumi Palestin kelak,” katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut boleh diperoleh melalui Puan Renee Marcia, Pengarah Jabatan Pemasaran, Kemasukan dan Hubungan Pelanggan Uniten atau e-mel kepada [email protected].

Untuk rekod, Uniten turut komited untuk berkerjasama dengan agensi-agensi kemanusiaan dan organisasi berkaitan yang diiktiraf kerajaan dalam menyalurkan bantuan ke bumi Palestin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan