27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

TVAH seru lebih ramai NGO solidariti bersama Palestin

Mesti Baca

SELAKU media Islam tunggal di negara ini, TV AlHijrah (TVAH) turut menzahirkan sokongan dan solidariti mereka terhadap peperangan yang sedang berlaku terhadap Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata, solidariti yang diadakan hari ini bertujuan untuk mengwar-warkan kepada semua apa yang sedang berlaku di Palestin.

“Solidariti hari ini penting untuk kita hebahkan dan ketengahkan apa yang sedang berlaku di sana sekarang.

“Selepas itu akan ada beberapa program siri khas daripada TVAH bagi memberi lebih kefahaman terhadap masyarakat bahawa apa yang kita lakukan ini adalah kerana sifat kemanusiaan.

“Ia tidak hanya untuk orang Islam yang berjihad tetapi juga kepada bukan Islam,” katanya pada sidang media solidariti yang diadakan di perkarangan TVAH, pagi tadi.

Turut sama pada solidariti itu kira-kira 70 anak muda daripada NGO MyAqsa Defenders.

Sementara itu, Namanzee berkata, banyak NGO yang datang menawarkan kerjasama dengan TVAH dan pihaknya tidak menolak sebaliknya berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai lagi NGO bagi sama-sama menyatakan sokongan terhadap Palestin.

“Ada banyak NGO yang datang untuk melakukan kerjasama dengan kami, apa yang saya harapkan semua NGO dapat bersatu.

Advertisements

“Ini lebih mudah untuk kita berada dalam satu gerakan yang sama untuk memberi bantuan ke Palestin.

“Saya juga berharap bantuan yang dibuat tidak hanya bersifat sementara tetapi berterusan dan bermusim seperti yang kita ketahui akan keadaan yang sering berlaku di sana,” katanya.

Katanya, TVAH sendiri mengharapkan kepakaran rakan NGO untuk melakukan misi menghantar bantuan ke sana seperti makanan yang sangat diperlukan saat ini.

“Sebelum ini kita pernah hantar pemberita TVAH, dengan keadaan sekarang kita cuba memberikan bantuan yang bersesuaian.

“Kalau boleh kita mahu hantar bantuan secepat mungkin. Dengan tabung bantuan Palestin yang dilancarkan oleh menteri, diharap TVAH dan semua NGO boleh menjadi sebahagian yang sama-sama menyalurkan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, di TVAH sendiri, pelbagai program TV diadakan antaranya Doa Qunut Nazilah dan lagu Air Mata Gaza yang disiarkan secara kerap.

Selain itu, bacaan Yasin turut diadakan esok jam 9 malam menerusi program khas Solidariti Yasin Untuk Palestin.  -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan