Monday, July 20, 2026

Belanjawan 2024 menyediakan peruntukan RM393.8 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BELANJAWAN 2024 bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ menyediakan peruntukan berjumlah RM393.8 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu merupakan peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM372.3 bilion dan Bajet 2022 yang berjumlah RM322 bilion.

“Daripada jumlah peruntukan belanjawan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ itu, kerajaan menyediakan RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan ini membabitkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun,”katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, penambahan ini menunjukkan kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang dan pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan