27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PRK DUN Jepak: SPR minta calon patuhi undang-undang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengingatkan calon dan parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ini bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Katanya, bagi melancarkan proses penamaan calon, bakal calon disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Sarawak sebelum hari penamaan calon.

“Bakal calon disarankan membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.

“Bagi calon yang mewakili parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

SPR menetapkan hari penamaan calon PRK DUN Jepak pada Sabtu.

Advertisements

Sementara itu, SPR turut mengingatkan orang awam serta penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter (m) dari sempadan pusat penamaan calon yang telah ditetapkan.

“Setiap bakal calon hanya dibenarkan diringi seorang pencadang dan seorang penyokong calon untuk memasuki pusat penamaan calon.

“Penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara.

“Ini termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada hari penamaan calon dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 9Akta 5),” katanya.

Ikmalrudin berkata, calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 5, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan.

“Ia termasuk bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan