28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Mindef perkasa aset pertahanan, tingkat kesiapsiagaan sempadan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) akan memberi penekanan terhadap pelaksanaan perolehan aset baharu dengan memfokuskan pemerkasaan kedaulatan tanah air disamping memanfaatkan keseluruhan peruntukan.

Mindef menerusi kenyataan berkata, kementerian menerima peruntukan sebanyak RM19.7 bilion, meningkat kira-kira 11.21 peratus berbanding peruntukan tahun sebelumnya, RM17.74 bilion.

Katanya, daripada jumlah itu, RM12.67 bilion adalah untuk peruntukan mengurus, meningkat sebanyak 11.04 peratus manakala RM7.05 bilion bagi peruntukan pembangunan, meningkat sebanyak 11.37 peratus.

“Dalam mengekalkan tahap keupayaan dan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ketiga-tiga cabang perkhidmatan, perolehan semasa aset-aset baharu turut dipertimbangkan.

“Kementerian Pertahanan dan ATM akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mindef, Tentera Darat bakal memperoleh 60 kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV), 6 Hover Craft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis termasuk 45 unit bot pelbagai jenis.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meneruskan perolehan tiga Littoral Mission Ship (LMS) dan kerja-kerja memasang pulih dua aset Kapal Selam.

“Sementara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima perolehan 12 helikopter baharu,” ujarnya.

Advertisements

Beliau berkata, keselamatan persempadanan negara akan terus dipertahankan disamping mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk negara dengan pembinaan tujuh Pos Imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak.

Sementara itu, Mindef berkata, sebanyak RM400 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

“RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembetungan kem Tentera Darat secara berfasa.

“Veteran ATM akan terus diperkasa menerusi inisiatif Protege-RTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak kerajaan.

“Veteran ATM akan mendapat manfaat melalui setiap program kerajaan yang mana kuota khusus akan diberikan seperti program keusahawanan, latihan, pekerjaan dan kemudahan pembiayaan bagi melindungi kebajikan dan sosioekonomi veteran,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan akan menambah bilangan renjer komuniti kepada 2,000 dengan melantik renjer daripada kalangan veteran ATM, polis, orang asli dan komuniti setempat.

“Hospital Angkatan Tentera akan turut bekerjasama dengan hospital- hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

“Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada 216,758 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan