24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Mayat ditemukan lagi dalam serpihan kapal selam Titan

Mesti Baca

LEBIH banyak serpihan ditemui yang disyaki adalah mayat manusia ditemukan dari kapal selam milik persendirian yang meletup dalam misi ke Titanic, Jun lalu, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS).

Kesemua lima orang di dalam kapal selam rekreasi yang bernama Titan dan dikendalikan oleh syarikat OceanGate yang berpangkalan di AS itu, terbunuh apabila kapal itu meletup, yang dipercayai berlaku pada 18 Jun.

Insiden itu disahkan pada 22 Jun, menamatkan misi menyelamat selama beberapa hari.

“Jurutera keselamatan marin dengan Lembaga Penyiasatan Marin (MBI) Pengawal Pantai menemukan dan memindahkan baki serpihan tenggelam Titan dan bukti dari dasar Lautan Atlantik Utara pada 4 Oktober lalu,” kata Pengawal Pantai AS, dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Menurut kenyataan sama, apa yang disyaki mayat manusia ditemukan dengan teliti, dari dalam serpihan Titan, dan diangkut untuk dianalisis oleh profesional perubatan AS.

Advertisements

Beberapa serpihan dan dipercayai mayat manusia sebelum ini juga ditemukan pada akhir Jun lalu.

Lima lelaki di atas kapal Titan itu ialah penjelajah British, Hamish Harding; pakar kapal selam Perancis, Paul-Henri Nargeolet; taikun Pakistan-British Shahzada Dawood dan anaknya, Suleman, dan Ketua Pegawai Eksekutif pengendali kapal selam OceanGate Expeditions, Stockton Rush.

Medan serpihan ditemukan 1,600 kaki (500 meter/m) dari Titanic, yang terletak 400 batu (643 m) dari pantai Newfoundland.

Mangsa diandaikan mati serta-merta apabila Titan, kira-kira sebesar kenderaan utiliti sukan (SUV), meletup akibat tekanan Lautan Atlantik Utara, pada kedalaman hampir empat kilometer di bawah permukaan laut. -Agensi

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan