27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mas Ermieyati kesal soalan dijawab timbalan menteri portfolio lain

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kesal kerana soalan yang diutarakan kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat hari ini tidak dijawab.

Malahan soalan yang dikemukakan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi, K. Saraswathy, yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan portfolio kesihatan.

“Tak pernah berlaku dalam tempoh dua hari berturut-turut soalan lisan yang diajukan kepada menteri dijawab oleh timbalan menteri daripada portfolio lain.

“Semalam soalan kepada Menteri Ekonomi dijawab oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Mas Ermieyati berkata, dalam sesi tersebut beliau bertanyakan kepada Menteri Kesihatan bagaimana kerajaan mahu mengangkat profesion jururawat supaya mereka lebih dihargai.

Advertisements

Katanya, beliau juga bertanya langkah kerajaan mengelak para jururawat mendapat latihan di negara ini tetapi akhirnya berhijrah ke luar negara disebabkan oleh tawaran kerja yang lebih menarik.

“Contoh jururawat Malaysia yang baru tamat pengajian hanya perolehi pendapatan bermula RM1,500 berbeza dengan pendapatan di Singapura RM8,719 dan juga di Dubai dengan perolehi RM6,500.

“Lagi menyedihkan waktu bekerja di Malaysia pula panjang dan dikenakan dua syif berjumlah 16 jam menjadikan nisbah 1:16. Berbeza dengan Singapura, hanya 6 jam saja tempoh bekerja dengan nisbah 1:6.

“Jawapan saya tidak dijawab lisan untuk soalan tambahan. Hanya akan diberikan secara bertulis, “katanya dengan penuh kesal.

Difahamkan, Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan terbabit tidak hadir pada sesi tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan