31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

MADCash peroleh dana RM5 juta bantu usahawan mikro wanita

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT pemula teknologi kewanga (fintech), MADCash Sdn. Bhd. menerima pelaburan sebanyak RM5 juta daripada pelabur utama, Artem Ventures bagi penyediaan dana mikro tanpa faedah kepada usahawan wanita.

Pengarah Urusan MADCash, Nuraizah Shamsul Baharin berkata, dana tersebut akan digunakan untuk menambahbaik platform dalam taliannya melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Selain itu katanya, ia juga akan digunakan bagi menampung perbelanjaan operasi dan pemasaran, dan meneroka peluang kembangkan perniagaan di rantau Asia Tenggara.

“Kami teruja kerana ada pelabur baharu sekarang, di saat kami sibuk melaksanakan banyak perkara dalam perancangan kerja termasuk melancarkan Akedemi MADCash tidak lama lagi.

“Dengan sokongan daripada Artem, MSW, dan ScaleUp, usaha kami kini mampu memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

MADCash (Multiply Assist Donate Cash) memberi dana dan bantu perkasakan usahawan wanita yang tidak mempunyai akaun bank dan yang kurang akses kepada perkhidmatan perbankan.

Ia bertujuan untuk mewujudkan pemarkahan kredit alternatif untuk tingkatkan kebolehbankkan mereka di masa hadapan.

Menjelang akhir tahun ini, MADCash dijangka telah menghulurkan sokongannya kepada lebih 800 wanita menerusi kerjasama dengan rakan kongsi termasuk Hong Leong Islamic Bank dan PayNet.

Sementara itu, Principal daripada Artem Ventures, Tunku Omar Asraf berkata, MADCash menjadi platform yang membantu usahawan yang kurang mendapat perkhidmatan untuk membina pemarkahan kredit dan mengasah kemahiran keusahawanan mereka.

“MADCash mengiktiraf kepentingan rangkuman kewangan untuk menutup jurang kemiskinan dan ketidaksamaan jantina, yang boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik di rantau Asia Tenggara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan