25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KKR terus rancakkan digitalisasi sektor pembinaan

Dasar ini menjadi rujukan bagi mempercepat adaptasi teknologi sektor pembinaan bertujuan untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang mampan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan terus merancakkan proses digitalisasi sektor pembinaan bagi mempercepat penggunaan teknologi melalui Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia akan menjadi tonggak bagi mengadaptasi teknologi terkini bagi menghadapi arus perubahan serta trend masa hadapan.

“Dasar ini menjadi rujukan bagi mempercepat adaptasi teknologi sektor pembinaan bertujuan untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang mampan demi manfaat masyarakat terbilang.

“Antaranya, KKR akan terus menggiatkan adaptasi teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) sebagai pemangkin bagi merancakkan kepesatan sektor pembinaan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, banyak manfaat dan kesan positif jangka panjang akan terhasil dari penggunaan teknologi ini di dalam kitaran hayat industri pembinaan.

Advertisements

“Ianya bukan sahaja dapat dilihat dari. pengurangan pembaziran malah menyumbang kepada pengoptimuman dan kecekapan amalan pembinaan yang lebih produktif dan efektif.

“Inisiatif ini turut bakal mewujudkan peluang-peluang baru dan nilai tambah dalam industri pembinaan serta komponen IBS, malah membantu meningkatkan peluang tenaga kerja di negara ini, serta mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi,”katanya.

Alexander berkata, setakat ini, BIM telah dilaksanakan di dalam 300 projek sejak dari 2010.

“Di dalam Plan Strategik JKR 2021-2025, JKR turut mensasarkan 50 peratus daripada projek bernilai RM10 juta ke atas untuk dilaksanakan melalui kaedah BIM ini, dengan peningkatan 10 peratus setiap tahun berikutnya.

“Kementerian turut mencadangkan pelaksanaan IBS dan BIM untuk diperluaskan secara maksimum yang diwajibkan bagi projek perumahan awam dan swasta yang melibatkan projek perbandaran baharu (New Township Project),”k atanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan