25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Kapal kargo tidak maklum tukar nakhoda, ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MARITIM Malaysia Sarawak menahan sebuah kapal kargo muatan pasir pada jarak lebih kurang 0.56 batu nautika tenggara Gunung Ayer semalam.

Penahanan dibuat sekitar jam 12.20 tengah hari oleh sebuah bot ronda Maritim Malaysia ketika menjalankan Operasi Permai dan Operasi Tiris.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, melihat keadaan kapal kargo yang mencurigakan itu, Maritim Malaysia telah merapat dan melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, nakhoda gagal mengemukakan bukti pertukaran nakhoda secara bertulis dalam ‘Certificate of Malaysia Registry’.

“Seramai enam warga asing dan dua warga tempatan berada di atas kapal ketika pemeriksaan.

Advertisements

“Daripada pemeriksaan lanjut mendapati dokumen kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

“Kapal tersebut kemudiannya diiring ke kawasan bersauh berhampiran Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan selanjutnya olrh pegawai penyiasat,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, Maritim Negeri Sarawak ingin memohon kepada masyarakat khususnya komuniti perkapalan agar sentiasa peka terhadap undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.

Sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut, orang awam boleh menyalurkan aduan ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan