27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

JPJ tidak berkompromi kenderaan cermin gelap

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap.

JPJ menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 108,428 notis kesalahan yang melibatkan cermin gelap sejak 2019.

Jelasnya lagi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 17,218 telah dikenakan saman JPJ(P)22 yang melibatkan kesalahan cermin gelap.

“JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang ditetapkan.

“JPJ juga ingin menasihati orang awam supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sedia ada yang telah dietapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pada Mei 2019, PJP telah memperkenalkan peraturan baharu pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

Peraturan tersebut menetapkan bahawa kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan adalah 70 peratus bagi cermin depan, 50 peratus bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu sementara cermin belakang kosong peratus.

Walau bagaimanapun, JPJ berkata, selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap

“Pemohonan boleh dibuat melalui pos atau portal JPJ (www.jpj.gov.my). Sehingga kelulusan diperolehi, mana-mana individu hendaklah mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.

“Orang awam digalakkan memberi kerjasama sekiranya terlihat kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ini dengan menyalurkan aduan secara langsung melalui e-Aduan@JPJ di aplikasi MyJPJ,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan