30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ditamatkan EPOKU kerana sudah tidak bekerja – KPWKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan video tular seorang warga emas yang mendakwa bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ditamatkan.

KPWKM menerusi kenyataan menjelaskan, semakan mendapati warga emas tersebut menerima EPOKU berjumlah RM450 bermula September 2020 sehingga Ogos lalu.

Jelasnya, insentif itu diberikan kepada golongan OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah tetapi apabila pendapatan meningkat atau penerima tidak lagi bekerja, maka kelayakan itu akan terbatal.

“JKM telah melakukan penelitian semula pada September lalu dan mendapati penama tidak lagi bekerja.

“Sehubungan dengan itu, EPOKU penama telah ditamatkan, mengambil kira penama menerima Bantuan Sara Hidup Tentera, bantuan bakul makanan MAWIP dan bantuan bulanan Baitulmal yang berjumlah RM950 setiap bulan selain isteri penama yang menerima pencen sebagai pesara kerajaan,” katanya hari ini.

Terdahulu tular di media sosial Facebook dan TikTok mengenai seorang warga emas OKU mendakwa ditindas kerana bantuan EPOKU ditamatkan JKM.

Advertisements

Video tular tersebut dirakamkan di depan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KPWKM berkata, EPOKU adalah merupakan antara skim bantuan untuk golongan OKU selain daripada Bantuan OKU Tidak Upaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Namun katanya, syarat- syarat kelayakan perlu dipatuhi bagi memastikan hanya mereka yang benar- benar layak dan berhak menerima bantuan sahaja akan diberikan insentif ini.

Sementara itu, KPWKM berkata, masyarakat diingatkan supaya lebih bertanggungjawab terhadap perkongsian di media sosial kerana kesan penularan berita palsu ini boleh mencetuskan keraguan dan kebimbangan tidak berasas kepada orang awam.

“Kesalahan menyebarkan berita-berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan