31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

BN yakin dapat rampas Parlimen Kemaman – Rozi

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) yakin mampu merampas kembali kerusi Parlimen Kemaman daripada Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2 Disember ini.

Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil kemenangan BN boleh dicapai.

Mengambil contoh kemenangan selesa BN di Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan majoriti lebih 12,000, beliau berkata, pengundi boleh menukar arah apabila calon yang sama tewas dalam PRU-14.

“Walaupun Pas menang dengan majoriti 27,000 dalam PRU-15 lalu tetapi tidak mustahil dalam PRK ini kemenangan kembali berpihak kepada kita.

“Apa yang penting semua jentera perlu bangkit daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan tanam iltizam, keyakinan dan semangat bahawa kita boleh menang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata demikian dalam majlis pertemuan dengan jentera UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik di Kertih, Kemaman malam tadi.

Advertisements

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Tengku Mahri Tengku Chik; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Nurhisham Johari dan Pengarah Pilihan Raya UMNO DUN Kemasik, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof.

Rozi berkata, UMNO perlu mencontohi semangat kepartian yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap istiqamah walaupun pernah dipenjarakan.

“Kita (UMNO) baru tewas pilihan raya sekali atau dua kali dah hilang semangat, kendur dalam perjuangan. Macam mana nak jadi orang parti. Kita kena yakin BN boleh menang di Kemaman!,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 November dan 28 November.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada PRU-15 lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan