25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bayi doktor maut, tertinggal hampir 10 jam dalam kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi perempuan berusia lapan bulan dilaporkan maut selepas telah ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta ibunya di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras, semalam.

Bayi malang berkenaan dipercayai ditinggalkan dari pagi hingga petang dan ditemui tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa yang juga seorang doktor meletakkan bayinya di tempat duduk belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke Taska.

“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke Taska,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Zam Halim berkata, ibu mangsa hanya menyedari bayi itu masih berada di dalam kereta pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke Taska.

“Mangsa ditemui keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang dan kemudian disahkan meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras melalui talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan