25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DADAH seberat 1,301 kilogram bernilai lebih RM27 juta telah berjaya dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Cenviro Sdn. Bhd. hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Khairul Anwar Bachok berkata, pelupusan dadah yang terdiri dari jenis Ganja, Heroin, Morfin, Methamphetamine dan MDMA ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

Beliau berkata, dadah-dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor dan Zon Maritim Batu Pahat, Johor pada tahun 2020 dan awal tahun 2023.

“Proses pelupusan dadah ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator yang diuruskan oleh Cenviro Sdn. Bhd.

“Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemari alam sekitar,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media Majlis Pelupusan Dadah Lucut Hak Kes Maritim Malaysia hari ini.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat, Cenviro Sdn. Bhd. Wan Azrizul Azad Zainal Abidin serta Timbalan Pengurus Besar, Operasi,Cenviro Sdn. Bhd. Mohd. Rizal Zambros.

Khairul Anwar juga berkata, proses pelupusan dadah ini telah dijalankan secara berperingkat dan teliti bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Katanya, pihak Maritim Malaysia akan meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara khususnya di lokasi titik panas (hotspot) yang disyaki menjadi lokasi kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah di laut. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan