Wednesday, July 22, 2026

Kereta dipandu terbabas dalam parit, pemandu terselamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit sedalam tiga meter dalam kejadian yang berlaku di Jalan Alam Perdana – Bandar Puncak Alam, hari ini.

Mangsa berusia 51 tahun yang dalam perjalanan pulang dari mendapatkan rawatan dialisis itu, bagaimanapun hanya cedera di bahagian muka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mangsa yang memandu sendirian kereta jenis Proton Saga menuju ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri selepas menjalani dialisis.

“Mangsa dikatakan mengalami pening dan terus hilang kawalan sebelum terbabas dalam parit sedalam tiga meter.

“Akibat kemalangan itu lelaki berkenaan cedera di muka dan tidak tersepit berjaya dikeluarkan oleh orang awam,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan