25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

‘Abang, adik’ Harimau turun bertempur petang ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaya dan Harimau Muda akan turun bertempur petang ini di Chengdu, China dan Chonburi, Thailand dengan misi meraih kemenangan.

Skuad kebangsaan bakal turun beraksi menentang Syria untuk aksi persahabatan Tier 1 di Stadium East-Town Football, Chengdu.

Anak buah Kim Pan Gon akan turun beraksi terlebih dahulu dengan sepak mula dijangka bermula pada pukul 5 petang menentang pasukan di ranking ke-94 dunia.

Peluang seimbang kedua-dua pasukan dan sebarang kejutan daripada skuad Harimau Malaya bakal membantu mereka memperbaiki ranking yang kini di kedudukan ke-136 dunia.

Skuad kebangsaan juga bakal menentang China, Sabtu ini bagi melengkapkan dua aksi persahabatan antarabangsa yang diatur yang mana turut dijadikan persiapan bagi menghadapi Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.

Advertisements

Sementara itu, skuad Harimau Muda atau bawah 23 tahun (B-23) pula akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 pada pukul 5.30 petang ini menentang Bangladesh di Stadium Chonburi.

Skuad bimbingan E. Elavarasan itu turun dengan misi wajib menang kerana bakal berdepan dua lagi pasukan seperti Thailand dan Filipina dalam Kumpulan H.

Harimau Muda mendapat tonik terbaik apabila turut diperkuatkan dua pemain yang berpangkalan di Eropah seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Noaah Laine.

Juara setiap kumpulan layak secara automatik ke ke Piala Asia B-23 sementara empat pasukan di tangga kedua terbaik daripada 11 kumpulan juga akan mara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan