26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Cubaan 33 PATI pulang ke negara asal berjaya dipatahkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN 33 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal dengan menggunakan laluan laut, tidak berjaya apabila kesemua mereka ditahan pihak berkuasa, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kesemua suspek itu dikesan semasa sepasukan anggota polis daripada Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Semenyih dengan dibantu Jabatan Sukarelawan membuat rondaan di tepi pantai tersebut pada jam lebih kurang 1.30 petang semalam.

“Menerusi rondaan terbabit, pasukan kami telah terserempak dengan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan dan berjaya membawa kepada tangkapan 22 lelaki dan 11 perempuan asing selepas mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil soal siasat terhadap kesemua suspek mengaku mereka ingin keluar dari negara Malaysia dengan melalui jalan laut yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Menurut Ahmad Ridhwan, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun.

Berikutan itu katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada dan tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua mereka direman selama 14 hari di lokap Balai Polis Banting di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk membantu siasatan.

“Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM10,000 atau hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali dan juga sebat tidak lebih dari enam kali, katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan