25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumput hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada ketiga-tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Bung Moktar, 66, kelihatan tenang manakala Zizie Izette, 46, menangis selepas mendengar keputusan itu.

Hakim memutuskan bahawa adalah sesuai dan wajar untuk melaksanakan kuasa penyemakan di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dalam kes itu.

“Setelah meneliti rekod prosiding, mahkamah ini mendapati tiada bukti saksi pendakwaan ke-24 iaitu ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid dan saksi pendakwaan ke-25, perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar telah memberikan wang kepada Bung Mokhtar melalui isterinya. 

“Jadi keputusan Mahkamah Sesyen untuk memanggil pembelaan adalah satu kesalahan dalam melaksanakan keadilan. Saya dengan ini menggunakan Seksyen 325 KTJ untuk membebaskan dan melepaskan kedua-dua mereka,” kata hakim itu.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin How manakala peguam, Datuk K. Kumaraendran dan M. Athimulan masing-masing mewakili Bung Moktar dan Zizie Izette.

Advertisements

Mahkamah Sesyen, pada 2 September tahun lalu, memerintahkan Bung Mokhtar dan Zizie Izette membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah itu. Ini mendorong mereka memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka tanpa mendengar merit permohonan selepas membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap permohonan itu.

Pasangan itu kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 7 Julai lalu, mereka berjaya dalam rayuan dan mahkamah menghantar semula permohonan semakan kepada Mahkamah Tinggi untuk merit permohonan didengar.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang ketika itu pengerusi bukan eksekutif Felcra didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit Public Mutual amanah.

Beliau didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – BERNAMA 

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan