27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Agong berangkat ke Brunei, sambung kembara di Miri esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Brunei, malam tadi.

Istana Negara menerusi kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sebelum itu sebelum itu berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo di Lawas, Sarawak sebelum berangkat tiba di Brunei melalui Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong.

Katanya, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di hotel penginapan di Bandar Seri Begawan pada pukul 11.20 malam.

“Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Advertisements

Turut menyertai sambutan ketibaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei, Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan, Datuk Seri Setia Awang Muhammad Juanda Abdul Rasyid.

“Seri Paduka Baginda berdua bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri esok,” katanya hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selamat tiba di Lawas kira-kira pukul 8 malam tadi dan disambut Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pasangan diraja itu diiringi Menteri Pengiring, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menerima sambutan meriah sekitar 10,000 rakyat di Lawas yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan merakamkan gambar kenangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan