33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Terima kasih Dr Akmal – sindir Annuar Musa

Dr Akmal menerusi kenyataan mendakwa Annuar Musa menjadi penyebab UMNO menjadi lemah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Annuar Musa secara sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ini selepas Dr Akmal menerusi kenyataan mendakwa Annuar Musa menjadi penyebab parti itu menjadi lemah sehingga memperoleh 26 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15) lalu.

Dalam masa sama, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berasa teruja dengan penghargaan diberi kerana memberikan kredit kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia (Dr Akmal) yang telah memberi kredit yang begitu tinggi kepada saya, kononnya kerana sayalah UMNO hanya dapat 26 kerusi PRU15.

Advertisements

“Tinggi sungguh aras pemikiran dan politik Ketua Pemuda Umno Malaysia zaman ini. Saya cukup teruja,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal dalam satu kenyataan menyalahkan Annuar kerana didakwa menjadi punca parti itu menjadi lemah.

Katanya, kekalahan UMNO pada PRU15 lalu adalah kesan daripada kepimpinan pemimpin yang pentingkan diri seperti Annuar.

Dakwanya, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu hanya mencari keuntungan peribadi berbanding memperkuatkan parti dan menjaga rakyat, hingga akhirnya membuatkan rakyat tidak lagi mempercayai UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan