Wednesday, July 22, 2026

SPRM lancar dua bilik gerakan bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan dua bilik gerakan di Johor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram hari ini.

SPRM menerusi kenyataan berkata, bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini sehingga 9 September depan.

“Sebarang menyalurkan maklumat atau aduan mengenai perbuatan rasuah sepanjang PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram boleh dihubungi menerusi talian 07-2316000 (Pejabat SPRM Johor) dan 07-4321982 (Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 010-8414384.

SPRM berkata, pihaknya mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan