25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mancini letak jawatan pengendali Itali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ROBERTO Mancini membuat kejutan apabila meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Itali ketika hanya tinggal 10 bulan sebelum sepak mula Kejohanan Eropah (Euro).

Media melaporkan, pengendali berusia 58 tahun itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada pagi Sabtu, selepas lima tahun mengendalikan skuad Azzurri.

Sepanjang mengendalikan Itali, Mancini berjaya membawa negaranya menjulang trofi Euro 2020 selepas kali terakhir muncul juara pada Piala Dunia 2006.

Selain itu, bekas pengendali Manchester City dan Inter Milan itu turut membantu Itali meraih tempat ketiga dalam Liga Negara UEFA pada 2021 dan 2023. 

Untuk rekod, Mancini dilantik pada Mei 2018 susulan kegagalan Itali layak ke Piala Dunia 2018 di bawah bimbingan Gian Piero Ventura.

Advertisements

Bekas pemain Lazio itu kemudiannya memacu Itali mencatat rekod 37 perlawanan tanpa kalah dalam tempoh tiga tahun dari Oktober 2018 sehingga Oktober 2021.

Paling manis, Mancini berjaya mengemudi Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England 2-1 di final namun episod hitam bermula apabila gagal layak ke Piala Dunia 2022 selepas tewas kepada Macedonia.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), pengganti Mancini akan dimumlan dalam beberapa hari lagi.

Itali bakal berdepan perlawanan kritikal menentang Macedonia Utara dan Ukraine pada September depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan