25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lelaki ditahan curi perancah besi, genset RM400,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes kehilangan tiub perancah besi (scaffolding tube) dan genset bernilai RM400,000 milik sebuah syarikat di Gudang Lot Lepau Plantar, Pengerang Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan di Pekan Jabi, Segamat.

“Polis juga berjaya menemui semula kesemua barang yang hilang serta disembunyikan di kawasan hutan Jalan Sungai Pulai, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri.

“Selain itu, turut dijumpai sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang dilaporkan hilang di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussin berkata, sebelum itu pada Selasa, Balai Polis Pengerang menerima laporan berhubung kejadian kehilangan barangan tersebut.

Advertisements

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi telah berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek,”katanya.

Menurut Hussin, kes curi berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh 31 jam dan siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sekiranya terdapat suspek lain yang terlibat.

“Suspek memiliki dua rekod jenayah lampau kini direman selama tiga hari sehingga Jumaat untuk membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,”ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan