27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Golf amal kumpul RM100,000 untuk persatuan sindrom down

Mesti Baca

PERSATUAN Sindrom Down Malaysia (PSDM) dan UKM Fairway Philanthropists (UFP) berjaya mengutip RM100,000 sempena acara golf amal yang berlangsung di Bukit Jalil Golf & Country Resort baru-baru ini.

Presiden PSDM, Hanizan Hussin berkata, pihaknya akan menggunakan kutipan tersebut bagi menubuhkan Pusat Intervensi Awal baharu PSDM di Universiti Malaya.

Selain itu, menurut beliau, hasil kutipan juga akan digunakan bagi menampung pelbagai perbelanjaan seperti naik taraf kemudahan dan sumber pendidikan persatuan tersebut.

“Melalui acara ini, kami bukan sahaja berjaya mengumpul dana yang besar tetapi juga berjaya mewujudkan kesedaran dan pemahaman tentang Sindrom Down, yang menyumbang kepada pembangunan holistik individu-individu istimewa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama Pengarah Projek UFP, Dr. Gary Tok.

Advertisements

Seramai 95 pemain golf telah menyertai acara tersebut dan mendapat penajaan daripada Harlow’s & MGI Sdn Bhd; Tan Sri Vincent Tan daripada Berjaya Group; Pengerusi dan Penasihat D’Tandoor, Datuk Abdul Malek Abdullah dan Les Copaque.

Persatuan Sindrom Down Malaysia menerima sumbangan daripada acara golf amal baru-baru ini.

Antara peserta menyertai kejohanan itu terdiri daripada individu dan kakitangan daripada pelbagai entiti termasuk Allo Technology Sdn. Bhd. dan Kelab Golf Rekreasi Tenaga Nasional (TNRGC).

Gary berkata, acara tersebut membuktikan potensi kerjasama dan inisiatif yang dipacu oleh komuniti.

“Bagi pihak pasukan pelajar MBA di UKM Graduate School of Business yang bertanggungjawab menganjurkan kejohanan amal ini, kami mengucapkan terima kasih atas peluang untuk menyumbang kepada perjuangan penting ini,” katanya.

PSDM dan UFP turut memperuntukkan sebahagian daripada jumlah dana yang dikumpul kepada empat pertubuhan lain iaitu Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Perikatan Cerebral Palsy (Gabungan Anak-anak Palsi Serebrum-GAPS) dan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) yang masing-masing menerima RM1,000. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan