33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Muhyiddin patut tunjuk teladan baik, minta menantu pulang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan meminta menantunya Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan pulang ke tanah air.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata, menantu Muhyiddin tidak perlu takut untuk pulang jika tiada berbuat kesalahan.

“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN-Best tunjuk teladan yang baik.

“Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik. Takut apa kalau tidak bersalah.

Advertisements

“Pernahkah anak-anak bekas PM melarikan diri? Muhyiddin dicabar buat kenyataan terbuka. Jangan malukan PN-BEST (Perihatin, Bersih, Stabil),”katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mohd Puad mengulas laporan media berhubung polis interpol yang telah mengeluarkan notis merah terhadap menantu Muhyiddin itu.

Pada 25 Ogos lalu, menantu Muhyiddin dan seorang peguam telah diletakkan dalam senarai notis merah Interpol kerana dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan