30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

TMJ sampaikan sumbangan untuk kanak-kanak sindrom down

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan kewangan untuk membantu kanak-kanak sindrom down, Koh Jia Wei yang mengalami sakit jantung berlubang.

Dalam satu hantaran di Facebook, doktor telah mengesahkan bahawa kanak-kanak berusia setahun itu memerlukan pembedahan segera untuk pembetulan jantung kerana berisiko untuk mengalami kegagalan jantung.

Malah menurut hantaran berkenaan, kanak-kanak tersebut juga berisiko memerlukan sokongan oksigen sepanjang hayatnya.

“Cek tersebut akan disampaikan sendiri oleh pegawai Tunku Mahkota Johor kepada ibunya, Koh Bee Bee bagi menampung kos pembedahan segera dan rawatan agar anak kecil ini dapat kembali sihat,” kongsinya hari ini.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Tunku Mahkota Johor.

Advertisements

Menurut pemilik akaun dengan nama Fared Reed, semoga Allah melanjutkan usia Tunku.

“Daulat Tuanku. Terima kasih atas keperihatinan Tuaku kepada Rakyat. Allah lanjutkan usia Tunku,” kongsinya.

Sementara itu, bagi pemilik akaun bernama Sharifah Alizan Syed Ali, beliau memuji tindakan Tunku Mahkota Johor yang menyumbang tanpa membezakan agama mahupun bangsa.

“Alhamdulillah… TMJ tiada fikir tentang agama, tentang bangsa… Baginda hanya fikir kesihatan kanak-kanak tersebut… Semoga Allah memberkati TMJ dan keluarga,” kongsinya.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan