25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Empat negeri, PRK Kuala Terengganu catat undi awal lebih 95 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

[TERKINI] EMPAT daripada enam negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi lebih 95 peratus bagi undi awal yang diadakan pada 8 Ogos.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin berkata, Kedah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 96.02 peratus, diikuti Terengganu, 95.91 peratus, Selangor (95.87 peratus) dan Pulau Pinang (95.01 peratus).

Menurut beliau, dua negeri lagi iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan merekodkan bawah 95 peratus dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 94.05 peratus serta 93.90 peratus.

“Bagi PRN, seramai 72,554 orang yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, PRK Kuala Terengganu pula mencatatkan 1,286 orang pengundi bersamaan 95.47 peratus daripada 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan yang terlibat.

Advertisements

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,”katanya.

Sebelum ini, SPR memaklumkan pengundian awal PRN bakal menyaksikan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.

Sementara, 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terbabit dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu, melalui tiga pusat mengundi awal yang kesemuanya dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan