26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Selepas ‘No Anwar, No DAP’ rakyat kini tolak UMNO – Annuar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT khususnya orang Melayu mengekalkan sentiment “No Anwar, No DAP” dan sekarang pula “No UMNO” susulan penolakan orang Melayu ke atas parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini jelas apabila rakyat mahukan permuafakatan kelompok teras dan parti-parti utama Melayu dan Bumiputera.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) terus diterima sebagai pilihan lebih baik terutama kalangan pengundi Melayu dan juga sebahagian kaum yang lain.

“Memandang kehadapan amatlah penting PN dan ahli gabungannya meneruskan usaha merekayasa, membaiki diri agar menjadi parti yang lebih baik untuk rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

“Musuh politik PN akan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan mencipta fear factor, namun itu tidak akan berjaya kerana PN dan gabungannya sudah lama meninggalkan politik negatif, ekstrim, perkauman dan sikap tidak berintegriti yang sinonim dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Annuar yang juga bekas Pengerusi UMNO Bahagian Ketereh, berkata beliau mengelak dari membuat ulasan soal nasib UMNO.

“Sudah lama saya cuba memberi pandangan dengan ikhlas hal mereka tapi neratif palsu Presidennya jua yang dipakai mereka.

“Apa yang saya ramal berlaku sudah berlaku. Kini ulasan mengenai parti tersebut sudah tidak begitu releven lagi.

“Rakyat sudah bergerak kehadapan dengan visi dan keyakinan yang baru tanpa mereka,”katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, kata beliau, PN harus menyahut cabaran untuk terus memperbaiki parti dan organisasi serta merangka dasar-dasar yang benar- benar mampu membawa transformasi besar kepada negara.

“Empat negeri yang ditadbir PN perlu menampilkan pentadbiran dan kepimpinan yg berkualiti, berintegriti dan berprestasi tinggi,”katanya.

Ujarnya, pendekatan kerajaan Madani akan terus ditolak rakyat selagi mereka memperagakan unsur retorik tanpa prestasi, menindas, menyalah guna kuasa dan kedudukan serta sikap-sikap angkuh yang sememangnya dibenci rakyat.

“Kaedah atau percubaan membentuk personality cult adalah tidak sesuai dan tidak diterima.

“Amalan yang tidak konsisten dengan apa yang diungkapkan serta tindakan terus mengendong bebanan tokoh-tokoh yang dibenci rakyat akan terus membenam dasar Madani dan Kerajaan Madani.

“Yang pasti, pasca PRN 2023 ini, telah terbukanya jendela peluang untuk memperbetulkan setting dan format politik negara menerusi satu formula baharu yang lebih menggambarkan aspirasi rakyat seperti yang telah ditunjukkan daripada mandat sebenar rakyat semasa PRU-15 dan PRN yang baru selesai.

“Selagi pembetulan ini tidak dilakukan, segalanya akan kekal tidak stabil dan tidak meyakinkan. Perlu dicari equilibrium politik yang benar-benar mantap dan menyakinkan.

“Usaha ke arah itu sedang berjalan. Bukalah singkap muafakat seluas-luasnya. Hanya penyatuan dan perpaduan ummah yang mampu menyelamatkan perjuangan ini. Insya-Allah,” kata Annuar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan