26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Pesawat MH122 dari Sydney ke KL, patah balik akibat gangguan penumpang

Mesti Baca

PESAWAT Malaysia Airlines MH122 yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang dalam pesawat.

Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini berkata, pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi itu.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney.

“Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada jam 3.47 petang waktu tempatan.

“Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan ‘insiden kecemasan’ di udara.

MH122 berlepas dari Sydney pada jam 1.40 tengah hari dan mendarat semula pada jam 3.47 petang.

Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu, menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.

Sementara itu, Polis Persekutuan Australia menerusi media sosial mereka memaklumkan, pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap kejadian kecemasan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Kemas kini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan