32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

DAP perlu gugur slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENDA negara sekular dan slogan Malaysian Malaysia yang dibawa DAP didakwa menjadi batu sempadan besar kepada pengundi Melayu untuk menerima atau menyokong mereka.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara tersebut dilontarkan rata-rata pengundi Melayu di Selangor dan Johor kerana menganggap DAP sebagai parti ‘totok Cina’.

Berbanding MCA dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak terlalu ekstrem, agenda sekular DAP sukar diterima kerana bertentangan dengan syiar Islam dan bangsa Melayu.

“Bagi saya, jika betul DAP benar-benar mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO kali ini, mereka juga perlu berani membuat perubahan besar untuk capai kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

“Tiada cara lain untuk menyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada mereka sanggup gugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysia Malaysian dalam perlembagaan parti mereka.

Advertisements

“Sebab dua agenda itulah yang jadi terus jadi trauma kepada orang Melayu dan buatkan mereka tidak boleh terima perjuangan DAP,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti yang dilakukan UMNO, DAP dijangkan akan terus dipulau pengundi Melayu, UMNO juga akan terus ditolak selagi kami bekerjasama dengan DAP.

“Satu lagi situasi besar yang perlu DAP hadapi ialah gelombang sokongan orang Melayu terhadap Pas akan jadi lebih kuat pada PRU-16 dan masa depan.

“Jadi kita akan lihat keadaan politik yang ekstrim di mana orang Cina akan terus sokong DAP sebagai parti mereka dan orang Melayu akan beralih kepada Pas sebagai parti mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan