30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ahmad Zahid bantu mangsa kemalangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DALAM kesibukan melaksanakan tugas seharian selaku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih sempat berhenti membantu mangsa kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di ibu negara hari ini.

Berkongsi kisah tersebut di Facebook, Ahmad Zahid berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu majlis di ibu negara pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau yang kebetulan lalu di situ kemudiannya turut membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

“Semasa saya dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC, saya kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Advertisements

“Kami bergegas membantu Satnam (mangsa kemalangan) dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mendoakan agar mangsa kemalangan itu kembali pulih seperti sediakala.

“Saya doakan Satnam kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan