27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Penyokong patah hidung dipukul JMF ketika final Piala FA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki mendakwa dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF) ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan dan ditahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami patah hidung.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi semalam berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa mengesyaki dipukul oleh JMF. Mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan serta ditahan di wad HUKM.

Advertisements

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam di seluruh badan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang membahaya.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan