25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ahmad Maslan cadang rakyat buat caruman KWSP sukarela

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT perlu mempunyai simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekurang-kurangnya RM240,000, untuk bersara pada usia 55 tahun secara bermaruah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggaran simpanan caruman berkenaan membolehkan seseorang dapat menampung kehidupan bagi tempoh 20 tahun selepas bersara, dengan kadar perbelanjaan RM1,000 sebulan.

“Sekiranya seseorang berpencen pada umur 55 tahun, ditambah 20 tahun kehidupan selepas berpencen menjadikan keseluruhannya ialah 75 tahun, iaitu merupakan jangka hayat rakyat Malaysia,”katanya selepas lawatan ke Ibu Pejabat KWSP Kota Bharu.

Ahmad berkata, antara cadangan yang diketengahkan kepada rakyat untuk menambahkan caruman simpanan mereka ialah dengan melakukan caruman secara sukarela, menerusi caruman i-saraan KWSP.

Beliau berkata, setakat Jun, lebih 500,000 pencarum di seluruh negara telah melakukan caruman di bawah caruman i-saraan KWSP, selain pada masa yang sama kerajaan berhasrat penyertaan berkenaan dapat dimaksimumkan.

Advertisements

“Kita ingin memastikan penyertaan maksimum rakyat menerusi caruman ini, terutamanya mereka yang berada dalam sektor tidak formal iaitu peniaga, nelayan, pesawah, petani, penoreh getah dan sebagainya.

“Malah, mereka yang bekerja kerajaan juga disyorkan untuk mencarum, walaupun mereka mempunyai pencen.

“Melalui caruman ini juga pencarum layak menerima insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan sebanyak RM300 maksima secara tahunan, sekiranya mereka mencarum sekurang-kurangnya RM2,000 setahun, selain dividen sehingga mencecah lima peratus,”katanya.

Ahmad Maslan berkata, sebanyak 26 Kaunter Bergerak KWSP turut di lancarkan pada 4 Julai lalu di Wilayah Timur, terutama di kawasan pedalaman untuk menghebahkan mengenai caruman berkenaan selain perkara berkaitan.

“Menerusi kaunter bergerak itu, pencarum mahupun orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat persaraan serta pengiraan simpanan persaraan, bagi membantu menilai kecukupan simpanan apabila bersara nanti sekali gus untuk mendapatkan persaraan yang lebih baik,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan