22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Jenazah Salahuddin selamat disemadikan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JENAZAH Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulung, Serkat, Pontian, Johor sekitar pukul 12 tengahari tadi.

Majlis pengebumian dihadiri ahli keluarga, sahabat handai, dan para penyokong Ahli Parlimen Pulai tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengimamkan solat jenazah Salahuddin di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat pada pukul 11 pagi tadi.

Anwar tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan diiringi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Advertisements

Hadir sama menziarahi dan bersama menunaikan solat jenazah ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani.

Perdana Menteri berkata, kehilangan Salahuddin bukan sahaja dirasai ahli keluarga dan kenalan terdekat malah seluruh negara kerana beliau terkenal dengan inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan sejak menerajui KPDN.

“Negara kehilangan seorang tokoh dan saya harap semangat dan dedikasi beliau menjadi teladan terutama sifat penyayang dan rahmah yang beliau tonjolkan dan dedikasikan sehingga akhir hayat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan