29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Menteri Kabinet dinasihat tidak melampui bidang kuasa

Istilah Madani menjadi tidak bermakna jika pentadbiran berunsurkan kesombongan, gila kuasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kabinet dinasihat tidak melampaui bidang kuasa sebagai anggota pentadbiran serta tidak bersikap sombong termasuk sewenang-wenangnya membuat tuduhan terhadap penjawat awam.

Tegas, Presiden Muafakat Nasional (MN) Malaysia, Tan Sri Annuar Musa ini susulan beberapa insiden yang disifatkan beliau sebagai perkara yang tidak harus berlaku selain telah menjejaskan kewibawaan kerajaan.

“Tatakelakuan penjawat awam ada proses dan peraturan yang tertentu dan elakkan tindakan mengaibkan pegawai dengan tuduhan tanpa siasatan menurut peraturan.

“Para menteri harus sedar bahawa kemajuan negara tidak semata-mata terletak kepada jemaah menteri tetapi juga pegawai awam yang bertungkus lumus melaksanakan segala dasar kerajaan.

“Istilah Madani menjadi tidak bermakna jika pentadbiran berunsurkan kesombongan, gila kuasa serta tindakan orang politik yang dilihat seolah-olah tidak ada ‘wisdom‘ dan tidak bersifat ‘sivil’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas perkara tersebut dengan merujuk kepada dua insiden yang berkait anggota kabinet di mana pertama amaran dikeluarkan menteri ketika siaran langsung di media sosial yang mengugut menghantar kereta peronda polis ke rumah netizen yang membuat komentar tidak baik ketika siaran tersebut.

Kejadian kedua pula merujuk kepada perbalahan antara seorang menteri dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengulas lanjut, Annuar berkata dari sudut etika, amat tidak kena bagi seorang menteri untuk melayan penjawat awam sedemikian rupa.

“Apalagi jika pegawai itu bukan di bawah portfolio kementeriannya.

Advertisements

“Sekiranya ada perkara yang mengakibatkan rasa tidak puas hati menteri tersebut, dia seharusnya merujuk rakan sejawat yang bertanggungjawab dalam portfolio tersebut terlebih dahulu.

“Lazimnya perkara seperti ini dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri,” ujar beliau.

Menurut Annuar, tindakan tersebut adalah salah dari segi dekorum bagi seorang menteri untuk berbalah dengan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

“Tindakan saperti ini memperlihatkan sikap sombong dan angkuh menteri terbabit sekali gus memberi imej tidak baik kepada Jemaah Menteri dan kerajaan.

Ujar beliau lagi, negara kita tidak dibina atas prinsip “Absolute Power” seperti ini.

“Anggota pentadbiran adalah pembuat dasar, manakala pegawai perkhidmatan awam adalah pelaksana dasar.

“Kita bukan negara dunia ketiga yang para menteri seolah-olah” above the law” atau dimana kata-kata menteri adalah undang-undang.

“Negara mempunyai aturan dan prosedur menjaga pengasingan dan pembahagian kuasa yang tertib bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan