26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

3 maut, 8 cedera dalam nahas libat 3 kereta di Pekan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA termasuk dua warga emas maut manakala lapan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM65, Jalan Kuantan-Segamat di Pekan hari ini. 

Mereka yang meninggal dunia ialah Ayub Zakaria, 66, yang memandu kereta Toyota Vios dan penumpangnya Podziah Daharun, 65, kedua-duanya beralamat di Segamat, Johor serta penumpang Perodua Myvi Muhammad Azrin Ahmad Nazri, 19, dari Sungai Lembing. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian kira-kira 11.20 pagi itu turut melibatkan sebuah kereta Perodua Alza yang dinaiki tiga lelaki.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Alza dari Segamat ke Kuantan disyaki hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Myvi, yang turut dilanggar Vios dari arah Segamat ke Kuantan,”katanya dalam kenyataan di sini. 

Advertisements

Beliau berkata, lapan yang cedera terdiri daripada dua penumpang Alza, pemandu dan tiga penumpang Myvi serta dua penumpang Vios, kesemuanya berusia lingkungan 20 hingga 72 tahun.

“Pemandu Alza bagaimanapun tidak cedera. 

“Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala yang cedera turut dirawat di hospital sama.

“Kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan